Tentang NKcct

Tentang
NKCCT
Nasi Kerabu Cikgu CT merupakan sebuah restoran yang diusahakan oleh sepasang suami isteri, En. Yusoff dan Pn. Siti Aminah. Restoran NKCCT boleh memuatkan seramai 120 orang dalam satu-satu masa. Selain dari pelbagai variasi lauk yang disediakan, ia terkenal dengan tempat untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama dalam persekitaran yang selesa.
Sejak
2015
Pn. Siti Aminah, dulunya hanyalah seorang guru sekolah rendah. Beliau mula berniaga Nasi Kerabu Cikgu CT pada tahun 2015 di Taman Anggerik Emas, Skudai, Johor. Beliau amat menitikberatkan rasa dan kualiti makanan tersebut supaya tidak berubah dari rasa sebenar nasi kerabu.



Nasi Kerabu Cikgu CT dulunya hanyalah 1 kedai yang boleh memuatkan 40 orang sahaja dalam satu-satu masa. Kini, Cikgu Siti telah mengembangkan bisnesnya dengan membeli 1 lagi kedai bersebelahan untuk menampung pelanggan yang datang berkunjung.